Friday 28 December 2012

Kawan Keletak-Keletuk.

Kawan sekolah,teman berborak,geng kedai kopi.Tak kisah apa pon yang pasti semua memerlukan kawan untuk berborak dan berkongsi.Kawan zaman kecil yang tiada prejudis tiada perbezaan.Bila kita buka mata dan kita mulai nampak yang dunia bukan saja bermain dengan hitam dan putih.Sekarang nak cari kawan memang senang,cepat,mudah dan pantas.Tenung skrin komputer,keletak keletuk yaaa dah dapat kawan baru.Tak payah keluar rumah,boleh kongsi benda yang kita suka,tak suka pon tak apa yang penting dapat kawan.Hanya dengan skrin ekspresi wajah belum tentu sama dengan apa yang jari taip.Macam mana reaksi wajah belakang cerita yang penting kawan.Risiko kita yang tanggung seorang kerana persahabatan adalah satu perjalanan yang tidak boleh diduga.Lumpur kita redah,kotor kita basuh.

Kawan...


Tak pernah jemu tak pernah bosan dan rasanya ni kot film pertama malaysia tentang realiti.Yaaa ini realiti bukan drama tv3 yang kelentong membuta tuli.

                                                                        


No comments:

Post a Comment