Monday 31 December 2012

Maafkan Saya

Assalamualaikum semua.Sedar atau tak kita dah diakhir 2012 umur pun dah makin menganjak.Ni post last aku untuk tahun ni.Untuk yang akan datang ni mungkin bukan yang last lagi.Biar la orang suka atau tak nak baca atau tak.Aku minat yang penting :).Mintak maaf jugak kalau kata-kata aku ada yang terasa.Mulut tak sengaja.Maaf.Have a great new year.More luck more miracle.InsyaAllah

Anak Muda

Ramai sungguh anak muda yang dah hancur lanyak ditelan cinta.Sayang kononnya.Kejadahnya sayang kalau seluruh badan tergadai baju terlerai.Mudah sungguh.Ayat manis mencairkan kau hingga keatas katil.

Hey!apa kau tak punya mak kakak adik?Bisa kau benarkan jantan yang bukan siapa-siapa merayap kebadan mereka?

Hey!macam mana kau begitu mudah memberi maruah.Apa boleh dara dibeli dikedai-kedai jalanan.
Sampah!

Sunday 30 December 2012

Kahwin Tak Kahwin

Seorang sunyi,kahwin belum tentu bahagia,tak kahwin nanti tua kena duk seorang.Sapa nak jaga?Duk rumah orang tua-tua.Derita.Ada anak pun belum tentu besar diorang nak jaga.Jadi?

Saturday 29 December 2012

Kerja,Rutin seharian

Mengharap yang lagi baik,
Menunggu untuk perubahan esok,
Menanti yang tak pasti.
Tapi kita langsung tak pernah kisah untuk semua tu,
Selagi mampu kita tetap mengharap menunggu dan menanti,
Nak kan yang lagi elok,
Usaha nak berubah,tak nak.
Tengok keadaan,hanya mampu tengok jalah nak kawal mampukah kita?
Kita nak kan perubahan tapi hakikat kita takut.
Takut keselesaan hari ni dah tak ada dalam senarai perubahan,
Hari demi hari masa demi masa kita berubah kita perlu berubah.

Esok kita nakkan yang lagi baik yang lagi indah,
Kemarin macam mana?
Lupakan yang kemarin,mulakan hari baru dengan esok,
Tak kan kemarin langsung tak boleh diheret untuk esok?
Tak semua pun,sikit....

Bila keadaan,masa diluar kawalan kita,
Satu benda yang kita boleh buat waktu tu ialah menunggu,
Pasti atau tak tu belakang cerita,
Yang penting tunggu...
Sampai masa kita penat lelah letih meluat jemu kita akan tanya pulak bila.....

Manusia dan binatang

Kutuk-kutuk binatang,hina-hina binatang,maki-maki binatang setidaknya kita tahu itu binatang.Ni kau manusia.Apa perbezaan manusia dengan binatang?.Kandang sekarang aku dah lihat hampir sama....

Perangai

Perangai manusia yang bila dah berpunya selalunya nak menunjuk untuk dilihat diperhatikan.Tak kisah apa kepentingan.Yang penting ada yang pandang.Terlebih tunjuk ada pulak yang mengutuk.Naluri manusia yang memberontak untuk diperhatikan.Bagaimana macam mana cara mana tak penting.Silap langkah,tersungkur kita sakit kita bangun sendiri kita sembuhkan sendiri.

Ada pulak yang suka bercakap sampai yang mendengar menyampah,sumpah bagi bisu senang.Terfikir,betul ka apa yang disampaikan tu?tapi dia bercerita macam benda tu ya betul.Kalau tak betul pon kita tetap akan dengar antara fokus atau tak jala.Fakta atau auta itu hanya melayang dalam kotak minda.Diam melihat diskusi manusia.Patut ka yang manusia macam ni berubah atau teruskan membabi buta sampai keliling meluat nak mendengar.

Ada jugak yang dengki dengan kelebihan manusia.Padahal spesis dia sendiri tu.Tak kurang jugak sampai ada yang menjatuhkan manusia.Aku bukan nak racist tapi memang yang banyak menjatuhkan adalah Melayu sendiri.Benda ni terang depan mata tapi manusia sengaja mengelamkan mata butakan hati.Kenapa nak menjatuhkan kalau lebih baik sama-sama berdiri mengukuhkan.Celakanya manusia bila sanggup melihat kejatuhan spesis dia.

Terikat terkongkong terkurung kita cuba untuk melepaskan diri dari cerita lama drama lama spekulasi lama.Terlalu sesak untuk kita berlari berjalan pon masih bertaktih kadang terjatuh.Ada yang simpati akan datang menghulurkan tangan membantu yang iblis akan tengok kadang haram tak perasan pon nak membantu memang mimpi lah.Tapi selalunya yang pijak lagi banyak dari yang datang membetulkan.Bergantung pada kita sendiri cara mana kita nak lepaskan diri.

Friday 28 December 2012

Untitile 2

Igauan-igaun indah enak mentertawakan mimpi,pada hidup yang celaka.Mati.

Ketentuan Hidup.

Kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan untuk teruskan hidup untuk menetap ditempat yang lebih selamat.Memikul segala beban hidup kenangan pahit yang ingin kita lupakan.Kisah silam yang langsung kita nak lupakan.Hanya berpegang pada harapan yang ingin kita mulakan hidup yang baru.Harapan yang lagi elok dah lebih elok.

Kawan Keletak-Keletuk.

Kawan sekolah,teman berborak,geng kedai kopi.Tak kisah apa pon yang pasti semua memerlukan kawan untuk berborak dan berkongsi.Kawan zaman kecil yang tiada prejudis tiada perbezaan.Bila kita buka mata dan kita mulai nampak yang dunia bukan saja bermain dengan hitam dan putih.Sekarang nak cari kawan memang senang,cepat,mudah dan pantas.Tenung skrin komputer,keletak keletuk yaaa dah dapat kawan baru.Tak payah keluar rumah,boleh kongsi benda yang kita suka,tak suka pon tak apa yang penting dapat kawan.Hanya dengan skrin ekspresi wajah belum tentu sama dengan apa yang jari taip.Macam mana reaksi wajah belakang cerita yang penting kawan.Risiko kita yang tanggung seorang kerana persahabatan adalah satu perjalanan yang tidak boleh diduga.Lumpur kita redah,kotor kita basuh.

Kawan...


Tak pernah jemu tak pernah bosan dan rasanya ni kot film pertama malaysia tentang realiti.Yaaa ini realiti bukan drama tv3 yang kelentong membuta tuli.

                                                                        


Thursday 27 December 2012

Minggu akhir 2012.

Minggu ni dah akhir 2012,
Jumaat ni Jumaat akhir 2012,
Nak aku rindu ka pada 2012?
Benci ka aku pada 2012?

Jangan tanya sebab dalam kepala otak aku dah banyak sangat persoalan sampai sesak.Satu pon tak akan terjawab.2012 I'll never forget you.Memories.Selalunya orang akan mulakan tahun baru mereka dengan azam yang direka kan khas untuk dicerita.Percayala azam tuu hanya rekaan bukan betul berapa kerat sangat yang menyempurnakan azam mereka.Aku pernah berazam tapi melayang macam tu ja.Dah.!aku dah malas nak berazam.Follow the flows ja mungkin.

Tunggu 2013.Nak tengok nak jadi apa kat tahun tu.Aku nak kena jatuh cinta lagi ka?kat orang yang sama?NO.!!Melihat langkah-langkah manusia,melihat igauan-igauan manusia,melihat perancangan manusia,melihat malapetaka aku jadi takut.Rancangan jadah apa lagi aku nak buat kalau perancangan dulu selalu gagal.Lebih baik aku terbongkang macam ni dari aku penatkan otak memikir.Tapi boleh kah aku sampai tak berfikir.?Apa akan jadi kalau aku langsung tak berfikir dan terpikir.Spekulasi tentang hidup memang takkan pernah terjawab.Biar laa membuta-tuli macam ni.Jerit nak apa pun bukan ada yang dengar.

Tak ada azam,cuma harapan nak jadi penulis pencorak yang lebih menarik.Boleh?Harapan.....

Don't want.!!

I'm afraid of alone,
I'm afraid of nightmare,
I'm afraid of getting old.

I wanna go to place that have nobody,
But I don't wanna go alone,
And I also don't wanna live in a dream.

I need somebody to talk with...
I need somebody to share with...
I need somebody to dream with..
who?

I'm not afraid to live alone,
but I don't wanna be alone....

Tulis Tulis

Nak menulis bukan boleh nak membuta-tuli ikot apa kita nak saja,perlu jugak tengok penulisan penulis lain.Tengok pada yang lebih hebat.Kita tak selalu meniti dilandasan yang betul,rujuk mana yang perlu.Lepas dah perah otak perlu diisi supaya tak kering.Jangan meniru dan kata itu kita punya sudah.Buat la yang mana patut.Berdunia dengan penulis lain.

Wednesday 26 December 2012

Untitle.

Esok ada,esok belum tentu milik kita,
Rahsia kemarin,kita simpan hingga keharini,
Bukan takut nak bercerita,bukan takut persepsi manusia,
Tapi keadaan,risiko.
Dunia tak berhenti seminit pun untuk bagi kita peluang,
Pandai-pandai lah mencari,
Nak guna sepenuhnya harini,
Sempatkah kita........

Bodoh aku.

Aku manusia,
Aku duduk,
Mata kelangit rumah,
Otak melayang,
Apa yang aku layangkan,sumpah aku tak tau,
Mampu ka otak aku melayang lepas apa yang jadi,
Aku diam,tenung langit rumah lagi.

Bodohnya aku jadi manusia yang langsung tak ada rasa nak bersyukur.
Tolong sedarkan aku.
Tapi naluri manusia yang tak pernah puas yang dah jadi dinding batu dalam hidup aku,
Tolong robohkan.
Fikir dosa,fikir pahala.Mana banyak?
Bukan kerja aku.
Kesian kau dapat anak macam aku,
Aku bodoh,aku tak guna,aku tak bersyukur,aku tak puas dengan apa yang ada.
Salah kau yang mendidik kah?Salah aku yang tak pernah mendengar?
Salah siapa?

Jangan sampai yang di atas tarik atas semua yang aku ada ni,
Takkan masa tu aku baru nak sedar,
Bukan dah terlambat kah?
Sedar atau tak belum pasti.Mungkin.

Aku duduk termenung,
Dalam bilik,
Atas katil,
Masih berjeans belum ke baju tidur.
Biol.Mampos.

Sunday 23 December 2012

Pandangan Luar Manusia

Nampak aku jahat jahat,
Nampak aku liar,
Nampak aku buas,
Nampak aku tak sopan,
Nampak aku tak beradap,
Nampak aku bukan macam gadis idaman,
Nampak aku tak boleh percaya.

Sebab keliling aku lelaki,
Sebab kebiasaan aku keluar malam melepak,
Tapi salah ka bila aku nak berkawan?
Selagi yang tua tahu mana aku pergi
Selagi aku masih kenal halal dan haram
Selagi aku tak menipu,
InsyaAllah,aku okay.
Untuk manusia,aku tak boleh nak sekat apa yang mereka nak sampaikan
Selagi kepala otak manusia berfungsi,biarkan mereka.

Jangan terlalu berperasaan bila berdepan dengan manusia,
sebab yang menjatuhkan manusia adalah manusia sendiri.

Dan kerja yang paling mudah untuk manusia adalah menghukum,
Dan kerja yang paling sesak untuk manusia adalah menilai.

Wednesday 19 December 2012

Zahiril Adzim

Aku tak tau kenapa tapi aku rasa Zahiril Adzim ni hebat.Penulisan dia.Selalu aku baca langsung tak jemu,aku faham.Tak sangka ingatkan pelakon ni tau berlakon jaa tau baca skrip ja.He's the best one.
Ni aku lemparkan bukan harapan,ia persoalan sure by Zahiril seriously wanna be like him.adore you much Zahiril.



Kadangkala, ada ruang - ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar. Biar ia tertutup rapat. Biar ia mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya. Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh misteri, kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan, sejarah dan apa sahaja. Biar ia terus kosong, tertanam dalam kepadatan rutin - rutin tuntutan kehidupan melalui dosa - dosa lampau atau upah dari kebodohan sendiri. 

Ia memang diciptakan begitu, yang sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan. Bukan harapan, tapi inilah persoalan. 

Tak kental.
 -Zahiril Adzim




ini sewel kita semua-Zahiril Adzim


Lidah - lidah tiada budaya terus bersepah di gelanggang biol. Berselindung di balik tembok - tembok kebodohan pendirian. Mengangkat kebaculan sendiri untuk disaluti keberanian yang diangan - angankan. Tingkatnya? Di buku lali sahaja.

Gelanggang biol, bikin kita semua sewel.  
 -Zahiril Adzim

Seingat aku.


Masih jelas tarikh 24January2012,mana aku kenal dia,
Aku masih jelas tempat pertemuan malam tu,
Aku masih jelas tempat 'dating' kita,
Aku jugak masih jelas dengan tarikh 1June2012,
Aku masih jelas reaksi aku malam tu,
Aku masih ingat macam mana esakan aku selepas itu,
Aku masih nampak mana gambar kau dan dia,
Aku ingat semuanya,malam tu segala kaset dalam layar minda aku berputar ke masa lalu,
Masih jelas kehidupan aku selepas itu,membabi buta seorang aku.
Semua aku masih ingat.
Aku masih ingat saat kau dan dia dan aku masih tunggu kau.
Aku ingat...
Bukan aku tak cuba nak lupa,tapi susah...
aku biarkan diri aku dalam keadaan tu.
Bukan aku sengaja..
Percayalah bukan....

I didn't meant to fall in love but I did and you didn't meant to hurt me but you did. N

Penang

Assalamualaikum semua..:)nihh nihh aku nak post gambar percutian 3 hari 2 malam aku kat Miami nii..Percutian ni hanya berbekalkan duit 50 ringgit.ehhh p Miami bawak rm50 hmmm aku menipu tuu aku p Penang jalah dengan kawan-kawan.Finally,dapat jugak macam ni alhamdulillah,dah lama sebenarnya kami rancang nak together-gether macam ni tapi masa yang tak bagi..Inilah percutian yang tak berduit kami tapi sangat memuaskan.Alhamdulillah again:)

      Lemme show you this.....


much love this gambar.:)) thanks Ika.
Tak rancang pun nak buat muka comel cengini.
<3

This is KURA


babai u'ollsss.:))







Tuesday 18 December 2012

Selesa Aku.

Mungkin terlalu banyak berdunia,sampai satu saat aku kalah aku lebih senang seorang,dalam bilik..
Jangan kacau.!Ini yang aku cipta tolong faham,aku selesa.
Bukan pentingkan diri,tapi kalau aku tak pentingkan diri aku ada lagi ka yang nak?
Aku rimas,kau tak akan faham.!Dan aku tak akan jelaskan.!

Bila terlalu banyak yang menanya aku pilih diam aku pilih seorang.

Rancangan

Aku meluat...
Bila bangun aku dengar pekikan manusia membuta tuli,
Bila yang diminta tak dapat,diberi alasan yang sama,
Bila terlalu banyak yang menanya,ada sebab untuk aku jawab?
Bila aku diam,manusia mula membuat spekulasi yang membabi buta,
Bila jerit aku langsung tak ada yang nak dengar,pekak ke?
Bila aku dihantar ke penjara jahanam ni.....
Bila manusia yang bernama pelajar sibuk dengan keputusan peperiksaan
dan aku langsung tak ambil pusing sibuk dengan dunia yang aku cipta sendiri,
Bahagia atau tak aku tak pasti tapi aku memang senang macam ni..

Apa akan jadi dengan masa depan aku?
Huhhh..aku sendiri tak pasti dan aku tak ingin pun nak pastikan,
Ikut rentak angin,tapi bila difikirkan secara logik dek akal aku ni dikelaskan sebagai manusia yang paling tak bersyukur i'm overreacting,selfish...
Aku ada makan yang cukup,tak pernah nak rasa dahaga,tak pernah tak cukup pakai,ada tempat tinggal bila masih ada yang ambil peduli pasal aku.
Aku sepatutnya bersyukur,yeah sepatutnya...
Tapi kenapa kadang-kadang aku rasa aku yang paling malang bila all the bad things happen to me.
Alam manusia memang tak pernah bersyukur,berterima kasih.

Aku pernah merancang tapi rancangan Allah lagi kuat.Aku kalah

Monday 17 December 2012

Pengemis.

Pengemis....

Dia pengemis..
Dia tak berumah,
Dia tak bekereta mewah,
Dia tak bekeluarga,
Dia tak berpendidikan,

Hanya beralaskan serpihan kotak,
Berselimutkan embun,berbumbungkan langit,
Sudah cukup bagi mereka untuk bermimpi,
Mimpi dia tak seindah kau.

Hanya menanti hari mati,
Hidup hanya hidup,kosong.
Kebahagiaan apa lagi yang dia nak,
Kalau didepan cukup gelap.

Dia pernah sakit,
Dia pernah dahaga,
Dia pernah lapar,
Dia pernah menjerit,
Dia hanya pengemis,
Sakit,dahaga,lapar,jerit dia bukan untuk didengar.

Bukan pinta dia,bukan jugak mimpi dia,
Doa dia bukan untuk jadi pengemis,
dicaci,diherdik,dihamun..
Kalau diberi pilihan mungkin hanya mati saja yang dipilih,
Bukan melawan takdir tuhan tapi bila sekeliling langsung tak memerhati,tak peduli,
Mati lagi elok.

Bila kebahagiaan dunia bukan milik si pengemis....



 

Wednesday 12 December 2012

Jalan Kehidupan


Jalan aku sebagai seorang remaja luaran nampak sama macam yang lain dalam dia aku yang rasa dengan masalah kotak keluarga yang tak sama dengan orang lain.

Saat kanak-kanak lain sibuk bermain bekerjaran,aku dah nampak tanda kekecohan dalam kotak aku.
Saat orang lain nyenyak tidur,aku mula menangis dengan keadaan sekeliling.
Saat teman sibuk bercerita percutian mereka,aku mula benci akan takdir yang meletak aku dalam kotak ni.
Saat orang banggakan pekerjaan besar bapak mereka,aku mula mencari jalan untuk mengubah topik.
Saat orang lain tengah bahagia dengan kehidupan,aku pernah merancang perpisahan.

Tak semua faham,sebab tak semua dalam kotak macam aku.Sampai aku pernah rasa ada dengan takdak sama ja,tadak lagi bagus.Manusia boleh cakap aku yang rasa terhimpit,aku yang sakit.Sabar means nothing kawan.Aku tak ada sebab untuk menghukum apa yang terjadi tapi aku ada sebab ka untuk aku cakap "i'm okay" yaa maybe dengan benda yang aku ada.Bersyukur sebab aku tak perlu meminta.
Orang cakap apa yang berlaku ada hikmah,tapi sampai sekarang aku tak nampak hikmah tu it just only a word you know.
Yang dalam kotak sempurna memang suka menghukum tanpa bertanya.Hakikatnya memang sakit apabila dihukum.Jangan nak samakan saiz kotak kita awak sebab memang macam langit dengan bumi.
Jangan buat spekulasi awak sendiri..sememangnya kita tak sama taraf.;)

Hidup terlalu rumit untuk diperkatakan,tak seindah yang diperkatakan.



Cita,Impian,Mimpi

Antara cita,impian dan mimpi......
     
            Langsung tak pernah aku mimpi ada dalam kotak sekarang bukan impian aku langsung,yaa!bukan.Tapi bila aku cakap TAKNAK ada yang nak dengar?ada yang nak ambil peduli?Yaa aku bukan seorang yang pandai dan impian aku hanya tahap kemampuan aku yaa aku rasa aku mampu tapi sekeling cakap aku tak boleh,so aku tak boleh lah kan.Aku ikut cakap sekeliling,aku ada kat sini,aku langsung tak minat dan aku memang tak mampu.Walaupun aku kat sini tapi tak mungkin aku akan bertapak  dalam bidang ni,bukan senang buat benda yang kita tak mampu.Nak jugak esok lusa aku merangkak ke Cita aku nak jugak aku merasa,betul ka cakap sekeliling yang aku tak mampu buat benda tu.Mimpi aku macam mana?Impian aku?.Ikut jalah rentak angin sekeliling sampai aku lelah mungkin aku akan berhenti.I can't follow the flow for a whole day when the flow become bad i've to find a blanket to cover me up.Aku kat sini kosong macam tak ada apa-apa orang kekelas aku kekelas orang balik aku balik.Kononnya disini masa depan akan terjamin.Apa,florist tada masa depan?penulis tada masa depan?dealer tada masa depan?.Aku kat sini dah sem4 hampir ke sem5 and total semester kat sini 6.Habis ni aku berjalan cari Cita pulak,Impian aku dan Mimpi.......
 


A|R

Monday 10 December 2012

HentakPerut.!!

Assalamualaikum wahai makhluk Allah sekalian.see my entry macam pelik bebenoooo ja kan HENTAKPERUT ohh tu kemungkinan besar aku tengah lapar yaa memang tengah lapar sangat yalaa kawasan hostel aku ni terlampau jauh dengan kedai makanan memang susah sangat nak makan kalau malam siang tak pa boleh makan kat kolej.Apa ingat dengan sekali makan kat kolej tuu perut aku dah boleh tahan sampai ke malam kot,sorryyyyy laa memang tak dapat la cek.Time ni kalau ada McD pon layan ni ahhhh jangan kata McD yang memang khalayak tau kata sedap tu la wehhh bagi nasi+telur goreng+kicap pon aku sapu licin ni tambah la McD tuu.wooot wooot.Tulaa dulu takmau cari jodoh orang terdekat tidak senang sikit aku.Ehhhh.!!tapi ada yang nak aku ka?errr no comment tuuu hak Allah biar dia yang tetapkan bukan kerja aku dan bukan jugak kerja orang sekeliling nak menilai.Opssss back to the topic yeahhhhh perut aku ehhh perut aku bersama kengkawan seperjuangan aku memang tengah kosong,memang tengah kebulur.Me and my rakansssssss is lapaqqqq cek oii.Macam nak call mamak jaa suruh hantar makan pon setai gak nihhh.Okay aku dah kurang tenaga sangat ni yalaa tak mkan dari tadi last makan pukul 11 kot.hmmm
     Assalamualaikum u'ollssssss babai.*lambai lambai tangan.
Terbayang berdiri depan kaunter tuu "aaaa..bagi double cheese burger.Large haa kak.maseh"

Sunday 9 December 2012

Tak Cukup

Assalamualaikum semua,silalah jawab wahai sayangsayang.Yes.!aku tau post aku terlalu sikit cerita aku tak cukup tapi silalah faham aku pon masih terlalu baru dalam kotak blog ni.Kat sini aku tadak cukup banayak harta nak ni tunjukkan,tadak cukup banyak ilmu nak dikongsikan,tadak cukup banyak segalanya(harapmaklum).Blog pon tak cukup cantik tak banyak bling-bling ehh bukan tak banyak tapi memang tadak langsung sebab memang aku tak pandai nak mengedit.sabarrrrrrrrrr laaaa wehhh tengah belajaq la nih.elehhhh.Jangan lah mengutuk terlalu awal bg ruang aku bergerak dan bernafas dan rasa selesa dulu kat sini.Dunia mukabuku dah banyak menyepahkan hidup aku macam-macam jenis manusia aku kenal ada yang kawan sampai sekarang ada yang aku bercinta ada jugak hampir bercinta banyak aku sakit hati kat situ.Bukan salah sesapa,salah aku yang tak pandai menilai salah aku yang percaya,bukan jugak salah takdir yang menemukan.Salah diri sendiri.!
    Hai kawan blogger lets be nice yeahhhh yeahhh itew ikhlas ni nak berkawan.:))
Ni bukan boyafreng aku search google ja ni.:))

Starting

Assalamualaikum,ni bukan blog yang pertama yang aku buat ni yang keberapa aku buat pon aku tak berapa nak pasti dan aku memang tak dapat nak pastikan,susah nak ramalkan.cewahhhhhh.Yalaa dah yang lain semua aku lupa p/s lupa email.nice.Hahahaha okay okay harap yang ni takkan lupa.Doakan yawww.Takmau  karang banyak takut yang mendatang aku blurrrrr...
                                                        Actually i'm just addicted to PILOT .!!