Tuesday 30 July 2013

kekasih hati

Aku punya kekasih hati,
Yang hadirnya cuma di alam mimpi,
Pada tiap kali jelmanya itu,
Aku pasti akan menangisi.

Dia itu pernah wujud-hadir di alam nyata,
Dia itu ada,
Tapi cuma seketika.

Dia dah pergi,
Kepada insan pilihan hati.

Menyepi.

Aku rindu.

Ini sampah.

Pada tiap satu contengan aku ini belum layak disebut puisi,
Belum layak dikata seni.

Aku cuma tulis,
Dan untuk menyedapkan sikit tulisan aku,
Aku selitkan satu-dua bohong.

Jadi,apa yang aku boleh katakan ialah,
Ini tak lebih dari sampah.

Jangan percaya.

Berkecil hati

Pergi aku pergi,
Pergi membawa hati,
Pergi mencari diri,
Pergi untuk kesekian kali.
"Bila aku cakap yang aku kasih-kan kau.Benar.Aku tak bohong."

Berpesan-pesan.

Kau pernah dan sering ingatkan aku,
Yang kau-aku-kita hanya dan hanya cuma kawan,
Aku cuba untuk faham,
Untuk hadam,
Kelam.

*menangis*

Kini kau kembali,
Cuba menggalas-heret setiap kenangan disisi,
Penuh simpati.

Giliran aku pulak untuk mengingatkan kau.

"kita ini cuma kawan sayang"

Ini bukan dendam.

Jika ditanya apa mahu aku.
Cuma.
Satu.
Kau.
Ranap.
Diatas.
Bahagia.
Aku.

Saturday 8 June 2013

Untuk Ini Aku Tiada Bohong.

Tuhan.
Jangan matikan aku lagi.
Maksud aku,
Jangan matikan aku dalam Kau sedang benci pada aku.
Izin-kan aku,
Mencuit-cuit hatiMu,
Memintal-mintal kasih-Mu,
Tiap kali aku memuji Engkau aku harap kau terhibur.
-------
Tuhan.
Jangan tinggal aku sendirian,
Aku ini bukannya kebal sangat.
Aku ini pengecut yang angkuh.
-------
Tuhan.
Ambillah aku dalam keadaan yang kau menyayangi aku,
Waktu itu aku aku sudah tidak perlukan lagi sayang-sayang dunia.
Percayalah.