Saturday 8 June 2013

Untuk Ini Aku Tiada Bohong.

Tuhan.
Jangan matikan aku lagi.
Maksud aku,
Jangan matikan aku dalam Kau sedang benci pada aku.
Izin-kan aku,
Mencuit-cuit hatiMu,
Memintal-mintal kasih-Mu,
Tiap kali aku memuji Engkau aku harap kau terhibur.
-------
Tuhan.
Jangan tinggal aku sendirian,
Aku ini bukannya kebal sangat.
Aku ini pengecut yang angkuh.
-------
Tuhan.
Ambillah aku dalam keadaan yang kau menyayangi aku,
Waktu itu aku aku sudah tidak perlukan lagi sayang-sayang dunia.
Percayalah.

Hai bangang.

Hai bangsat.Selamat mati.

Kasihannya dia.

Dihujung kampung yang sepi itu,
Ada sebuah rumah bersaiz kurang besarnya,
Ramai tidak tahu yang dalam rumah itu
terdapat seorang perempuan tua yang sedang dimamah usia,
yang mudanya dulu menjadi gilaan rakyat jelata.

Dulunya dia pujian serata,
Yang dah ber-anak isteri juga sanggup berpisah deminya,
Yang tua menunngu menunggu mampus juga inginkannya.
Serata pelusuk inginkannya.
Begitu jelitanya dia.

Untung dia.
Dibekalkan wajah yang tanpa satu cela,
Senyuman indah,suara lunak,berbadan montok,
Bisa meruntuhkan iman sesiapa sahaja,
Bahkan imam majid seberang juga pernah dilihat masuk kerumahnya.
Hebat.

Hidupnya tiada pernah bosan,
Pasti ada yang datang menemani.

---

Tapi malangnya,
Sekarang dia bukan lagi siapa-siapa,
Kulitnya juga sudah tidak segebu dahulu.Mengendur.
Giginya yang dahulu pernah terbaris kemas sudah mula jatuh menyembah tanah.
Dia bukan lagi gilaan jelata.

Dia sekarang sudah tidak wangi,
Sudah tiada yang nak temani,
Hidupnya seorang diri,
Tunggunya sekarang bukan lagi pada laki-laki.
Tapi,mati.

Ke-sanalah sayang.

Kata mereka aku ini si-gila,
Kata mereka hanya si-gila yang mampu
duduk sendiri sambil bertemankan puisi-puisi sila.
Mereka bilang hanya orang gila yang baca buku-buku pelik.
Cakap mereka lagi aku ini tidak akan kemana.
Gagal.Penamat aku.
Jadi persoalan aku..
Kenapa kau masih disitu dan hanya mengikut taip langkah aku.
Jika aku ini gila,kenapa masih kau mau bercerita ke-mereka-mereka
tentang ujudnya aku.
Mengapa?
..
Maka apa yang ingin aku katakan disini ialah.Pergi!!
Pergi!
Berambus!
Nyah!

Thursday 6 June 2013

Malam ini.

Malam ini,
Aku sendiri lagi,
Buat yang kesekian kali,bukan takmau keluar sana.
Bukan tak ingin.
Bukan.

Cuma malam ini,aku hanya ingin bersendirian,
Mencari jiwa yang telah lama hilang entah kemana.
Mencari diri.
Membawa diri.

Malam ini aku hanya ingin bertemankan
puisi-puisi indah untuk aku tatap-rasa.
Untuk aku terus hidup.

Biasa-biasa saja.

Manusia durjana,
Untuk apa dilihat-perati pada sudut sempurna,
Kalau kau sendiri pun melayang entah kemana.

Bentang-bentang akal,
Sedarlah sikit diri itu takat mana.

Cuba sekali kau buka pekung kau sendiri,
Teringin jugak sekalian alam mendengar,
Terima realiti,
Bahawa kau takdalah hebat mana kalau tak boleh cerita buruk sendiri.

Tak adalah hebat sangat.


Aku: kenapa kau datang lewat sangat.Penat lah aku nak tunggu.

Akal:Ni aku dah datang guna sajalah.Tunggu apa lagi.

Aku:Tak larat la aku nak menaip time2 ni.Faham lah sama.

Akal:Lantak kau lah manusia.Kang aku tak datang kau rungut macam haram.

:Suka sungguh dia mai time2 aku tengah rasa celaka nak mampus.Lantak hang lah.

Monday 3 June 2013

Sayang.
Jangan pandang aku pelik begitu,
Melihat dari segala-genap tubuh aku,
Sambil mengira-ngira berapa banyak kecacatan aku.

Tak manis begitu sayang.

Datangnya aku bukan dari golongan yang biasa dijunjung-timang,
Hendaknya aku menjadi sang riang berjiwa senang,
Dan kau.
Hanya si-jembalang yang datang bikin aku tak tenang.
Pergi sana.
Tempat aku disini.


Mampu terbang?

"Manusia hebat perasan malaikat.Tapi sayang,bila berjalan kakinya masih ditanah melekat.Kenapa tak terbang?Kata hebat"