Tuesday 16 April 2013

Manusia cilaka.

Terlalu bijak untuk berpura-pura,terlalu cepat menilai,terlalu rakus dengan kehendak,terlalu kilat untuk menghukum.Manusia.
Acah-acah Tuhan tahu semua benda.Malaikat pencatit pahala dosa.
Hakikat dialah yang paling cilaka.

Akal dan jiwa. -R.A & A.R

Bogelkan jiwa dalaman kau dan biarkan ia menari bersama jiwa aku.
Biarkan akal kau dan aku bersetubuh rancak bersulam kata.
Dan biarkan air mani bahasa aku mengalir ke akal kau,
agar kau bisa melahirkan patah-tutur-rasa-dan-kata yang jauh lebih hebat dan sempurna.-R.A

Lucutkan selaput akal kau agar aku bisa lihat sama apa yang kau fikir.
Londehkan segala rasa kau agar aku bisa rasa sama.
Untuk kita lebih menjiwai.

Segalanya telah aku telanjangkan,baik akal mahupun jiwa.
Untuk kau tatap-sentuh,cium dan rasa.
Biar kau dan aku ghairah bersenggama melalui kemaluan aksara kita berdua.-R.A

Ayuh kita mulakan gerak.
Merasa segala jiwa.
Menjiwai segala watak.
Kau dan aku.Berdua.
Bertelanjangkan akal.

Ya,aku mahu tujahan yang laju,rancak dan sedalam yang mungkin.
Selama yang boleh,untuk kemaluan bahasa kita bersenggama.-R.A




                                                                    

Perwatakan.

Kalau kau mahu persoalkan laku dan tingkah aku,
Aku punya banyak watak yang bisa aku pertontontan pada kau.
Tapi mana satu yang kau ingin,
Lakon aku tau aku.

Saturday 13 April 2013

..

Tuhan,ciptakan aku satu dunia lain.Untuk aku.Tempat aku bukan disini.Bukan.Terlalu sesak untuk aku hidu bau busuk mulut manusia.
Tuhan,rekakan aku satu tempat.Mana ada aku dan aku saja.
Tuhan,temukan aku satu jawapan yang sahih kenapa dan mengapa aku yang disini.
Kuat sangatkah aku?
Mampukah aku?
Kalau aku terlalu redha kenapa aku mempersoalkan.
Tuhan,ciptakan aku satu dunia lain atau larikan aku ke tempat lain.
Aku tak layak disini.

Thursday 11 April 2013

MATI.

Aku dah betul-betul mati pun.Jangan la datang meraung tepi aku minta aku bangun.Aku tak boleh walaupun aku nak.Jangan lah cakap yang kau dah menyesal.Aku pernah betul-betul wujud dialam yang mana kau boleh merasa adanya aku,kenapa tak guna saja aku dengan sebaik mungkin tika itu.Mengapa tak betul-betul hargai aku?Kenapa?.Dah!pergi sana!.Aku nak berehat.Aku dah terlampau lelah.Jangan kejutkankan.Jangan.
Shhh.

Bagi aku mati.

Untuk apa kau bangunkan aku.Saat aku dah menjadi jasad tanpa roh.
Untuk apa?
Biarkan aku tenang.
Aku dah malas dengan dunia.Jujur.

Thursday 4 April 2013

Dinding konkrik.

Malam ni aku pendam satu rasa.Satu.Aku nak bermimpi dengan kau.Kita berdua mimpi benda yang sama kau mimpi aku dan aku mimpi kau,cuma kau diatas katil kau dengan bantal peluk kau dan aku diatas katil aku dengan bantal peluk aku.Saling tersenyum.Biar dikata kita gila.Yaa.!aku gilakan kau.Tapi kita tak perlu bercinta,tak perlu jerit satu dunia yang kita ni sedang bercinta.Cukup mereka sedar yang kita ni bahagia. Kita tak bercinta.

Aku bukan tak ingin bercinta.Tapi momen nak kena jaga hati kau,aku belum bersedia.Aku hanya nak bahagia.Derita aku langsung taknak.Sebab tu aku pilih hanya bertemankan bayang-bayang kau.Biar semua kata aku gila.Sekali lagi.Yaa.!aku gilakan kau.

Rakus kalau aku cakap aku nak kau,tapi kalau aku biar aku yang rugi.Tapi kalau aku cakap macam mana kalau kena reject?Ahh,persetankan.Kau pekak kalau aku cakap pun mana kau nak dengar.Kau tuli.Kau buta aku menari tanggo depan kau pun mana kau nak nampak.Ahh sial.!


Shut dowm laptop.Tutup lampu.Baring atas katil.Tarik selimut.Selawat 44 kali.Baca suroh al-ikhlas 11 kali.Aku Islam.Pejam mata.Aku nampak kau.Sekali lagi,siallah kau.!!

Dia pekak.

Bilang sama jalan raya,jangan kau keras sangat nanti sakit kalau aku jatuh,
Bilang sama awan,jangan kau mendung terlalu lama nanti air mata aku tak kering,
Bilang sama hujan,jangan kau mengangis terlalu lama nanti aku rasa seolah kau yang mengejek aku,
Bilang sama siang,percepatkanlah sikit waktumu,
Bilang sama malam,sila perlambatkan sedikit waktumu,
Bilang sama bintang,cahaya jangan dimalapkan,
Bilang sama langit,kekalkanlah ketinggianmu,
Bilang sama dia deseberang sana.
"weh,aku rindu hang".

-n-

Wednesday 3 April 2013

Aku ni pemalas.

Malam ni aku malas,
Aku malas nak bangun makan,
Aku malas nak turun katil,
Aku malas nak basuh baju,
Aku malas nak dengar suara si penipu,
Aku malas nak dengar suara orang bercakap tentang orang,
Aku malas nak bercakap.

Aku malas.!

Kadang aku terpikir jugak kenapa kita tak bercakap saja tentang diri kita sendiri.Kita lagi arif tentang diri kita kenapa perlu kita bercakap tentang orang lain.Atau kita langsung tak kenal sapa kita sebab tu mulut celupar kita lebih pilih nak mengutuk orang.

Tenang malam

Disudut petak biliknya,
Tanpa setitik pun cahaya,
Dia duduk bersila seorang diri,
Memikirkan tentang masa depan yang sama gelap dengan keadaannya sekarang.
Biol.

Tenangnya malam ni.

This is what I want.

Saya nak jadi tukang Tulis.Alaa yang macam depa tu.:)

Monday 1 April 2013

Doakan saya

Doakan saya jadi saya,
Bukan dia yang cerdik pandai cantik jelita,
Cukup takat kemampuan saya,
Doakan saya jadi saya.

Bukan dia.