Tuesday 16 April 2013

Akal dan jiwa. -R.A & A.R

Bogelkan jiwa dalaman kau dan biarkan ia menari bersama jiwa aku.
Biarkan akal kau dan aku bersetubuh rancak bersulam kata.
Dan biarkan air mani bahasa aku mengalir ke akal kau,
agar kau bisa melahirkan patah-tutur-rasa-dan-kata yang jauh lebih hebat dan sempurna.-R.A

Lucutkan selaput akal kau agar aku bisa lihat sama apa yang kau fikir.
Londehkan segala rasa kau agar aku bisa rasa sama.
Untuk kita lebih menjiwai.

Segalanya telah aku telanjangkan,baik akal mahupun jiwa.
Untuk kau tatap-sentuh,cium dan rasa.
Biar kau dan aku ghairah bersenggama melalui kemaluan aksara kita berdua.-R.A

Ayuh kita mulakan gerak.
Merasa segala jiwa.
Menjiwai segala watak.
Kau dan aku.Berdua.
Bertelanjangkan akal.

Ya,aku mahu tujahan yang laju,rancak dan sedalam yang mungkin.
Selama yang boleh,untuk kemaluan bahasa kita bersenggama.-R.A




                                                                    

No comments:

Post a Comment