Tuesday 30 July 2013

kekasih hati

Aku punya kekasih hati,
Yang hadirnya cuma di alam mimpi,
Pada tiap kali jelmanya itu,
Aku pasti akan menangisi.

Dia itu pernah wujud-hadir di alam nyata,
Dia itu ada,
Tapi cuma seketika.

Dia dah pergi,
Kepada insan pilihan hati.

Menyepi.

Aku rindu.

Ini sampah.

Pada tiap satu contengan aku ini belum layak disebut puisi,
Belum layak dikata seni.

Aku cuma tulis,
Dan untuk menyedapkan sikit tulisan aku,
Aku selitkan satu-dua bohong.

Jadi,apa yang aku boleh katakan ialah,
Ini tak lebih dari sampah.

Jangan percaya.

Berkecil hati

Pergi aku pergi,
Pergi membawa hati,
Pergi mencari diri,
Pergi untuk kesekian kali.
"Bila aku cakap yang aku kasih-kan kau.Benar.Aku tak bohong."

Berpesan-pesan.

Kau pernah dan sering ingatkan aku,
Yang kau-aku-kita hanya dan hanya cuma kawan,
Aku cuba untuk faham,
Untuk hadam,
Kelam.

*menangis*

Kini kau kembali,
Cuba menggalas-heret setiap kenangan disisi,
Penuh simpati.

Giliran aku pulak untuk mengingatkan kau.

"kita ini cuma kawan sayang"

Ini bukan dendam.

Jika ditanya apa mahu aku.
Cuma.
Satu.
Kau.
Ranap.
Diatas.
Bahagia.
Aku.

Saturday 8 June 2013

Untuk Ini Aku Tiada Bohong.

Tuhan.
Jangan matikan aku lagi.
Maksud aku,
Jangan matikan aku dalam Kau sedang benci pada aku.
Izin-kan aku,
Mencuit-cuit hatiMu,
Memintal-mintal kasih-Mu,
Tiap kali aku memuji Engkau aku harap kau terhibur.
-------
Tuhan.
Jangan tinggal aku sendirian,
Aku ini bukannya kebal sangat.
Aku ini pengecut yang angkuh.
-------
Tuhan.
Ambillah aku dalam keadaan yang kau menyayangi aku,
Waktu itu aku aku sudah tidak perlukan lagi sayang-sayang dunia.
Percayalah.

Hai bangang.

Hai bangsat.Selamat mati.

Kasihannya dia.

Dihujung kampung yang sepi itu,
Ada sebuah rumah bersaiz kurang besarnya,
Ramai tidak tahu yang dalam rumah itu
terdapat seorang perempuan tua yang sedang dimamah usia,
yang mudanya dulu menjadi gilaan rakyat jelata.

Dulunya dia pujian serata,
Yang dah ber-anak isteri juga sanggup berpisah deminya,
Yang tua menunngu menunggu mampus juga inginkannya.
Serata pelusuk inginkannya.
Begitu jelitanya dia.

Untung dia.
Dibekalkan wajah yang tanpa satu cela,
Senyuman indah,suara lunak,berbadan montok,
Bisa meruntuhkan iman sesiapa sahaja,
Bahkan imam majid seberang juga pernah dilihat masuk kerumahnya.
Hebat.

Hidupnya tiada pernah bosan,
Pasti ada yang datang menemani.

---

Tapi malangnya,
Sekarang dia bukan lagi siapa-siapa,
Kulitnya juga sudah tidak segebu dahulu.Mengendur.
Giginya yang dahulu pernah terbaris kemas sudah mula jatuh menyembah tanah.
Dia bukan lagi gilaan jelata.

Dia sekarang sudah tidak wangi,
Sudah tiada yang nak temani,
Hidupnya seorang diri,
Tunggunya sekarang bukan lagi pada laki-laki.
Tapi,mati.

Ke-sanalah sayang.

Kata mereka aku ini si-gila,
Kata mereka hanya si-gila yang mampu
duduk sendiri sambil bertemankan puisi-puisi sila.
Mereka bilang hanya orang gila yang baca buku-buku pelik.
Cakap mereka lagi aku ini tidak akan kemana.
Gagal.Penamat aku.
Jadi persoalan aku..
Kenapa kau masih disitu dan hanya mengikut taip langkah aku.
Jika aku ini gila,kenapa masih kau mau bercerita ke-mereka-mereka
tentang ujudnya aku.
Mengapa?
..
Maka apa yang ingin aku katakan disini ialah.Pergi!!
Pergi!
Berambus!
Nyah!

Thursday 6 June 2013

Malam ini.

Malam ini,
Aku sendiri lagi,
Buat yang kesekian kali,bukan takmau keluar sana.
Bukan tak ingin.
Bukan.

Cuma malam ini,aku hanya ingin bersendirian,
Mencari jiwa yang telah lama hilang entah kemana.
Mencari diri.
Membawa diri.

Malam ini aku hanya ingin bertemankan
puisi-puisi indah untuk aku tatap-rasa.
Untuk aku terus hidup.

Biasa-biasa saja.

Manusia durjana,
Untuk apa dilihat-perati pada sudut sempurna,
Kalau kau sendiri pun melayang entah kemana.

Bentang-bentang akal,
Sedarlah sikit diri itu takat mana.

Cuba sekali kau buka pekung kau sendiri,
Teringin jugak sekalian alam mendengar,
Terima realiti,
Bahawa kau takdalah hebat mana kalau tak boleh cerita buruk sendiri.

Tak adalah hebat sangat.


Aku: kenapa kau datang lewat sangat.Penat lah aku nak tunggu.

Akal:Ni aku dah datang guna sajalah.Tunggu apa lagi.

Aku:Tak larat la aku nak menaip time2 ni.Faham lah sama.

Akal:Lantak kau lah manusia.Kang aku tak datang kau rungut macam haram.

:Suka sungguh dia mai time2 aku tengah rasa celaka nak mampus.Lantak hang lah.

Monday 3 June 2013

Sayang.
Jangan pandang aku pelik begitu,
Melihat dari segala-genap tubuh aku,
Sambil mengira-ngira berapa banyak kecacatan aku.

Tak manis begitu sayang.

Datangnya aku bukan dari golongan yang biasa dijunjung-timang,
Hendaknya aku menjadi sang riang berjiwa senang,
Dan kau.
Hanya si-jembalang yang datang bikin aku tak tenang.
Pergi sana.
Tempat aku disini.


Mampu terbang?

"Manusia hebat perasan malaikat.Tapi sayang,bila berjalan kakinya masih ditanah melekat.Kenapa tak terbang?Kata hebat"

Sunday 26 May 2013

Andai hari ini tiap bait patah bisa mencangkul lereng senyum,
Pasti.Nanti.
Lereng senyum bisa bertukar menjadi tadahan air mata.


Topeng Dunia.

Manusia indah bertopeng hipokrasi,
Mulus kulit berhati babi.
Hidup penuh angan duniawi,
Terus lupa pada mati.

Thursday 16 May 2013

2:53a.m

Setiap kali aku nak menulis yang indah setiap kali tu jugak lah dia  hilang.Lenyap.

Monday 13 May 2013

Hang kena rileks.

Ringgit tak-akan pernah cukup,
Politik makin bercambah,
Angka umur makin membiak,
Bumi makin rapuh.
Hang tak payah mengejar sangat.
Takut tak sempat.
Nanti hang sedih.

Ayuh!

Kalau kau nak-kan cuma yang manis-manis.
Mati bersama.Ayuh.

Mana kau nak cari.

Mana kau nak cari manusia yang hadirnya terlalu sempurna.Mana?
Jika jumpa,itu bukan sempurna.
Itu cuma yang kau cuba bentukkan.
Dan mungkin berjaya.
Berjaya menguasai.

Kau tak-akan dapat.Tak akan!


Aku bukan perempuan baik.

Kau bisa aku mati-kan,
Bisa juga aku lumat-kan.

Manis aku jangan selalu percaya,
Aku kan manusia.

Hati-hati,
Aku bukan perempuan baik.

Tuesday 16 April 2013

Manusia cilaka.

Terlalu bijak untuk berpura-pura,terlalu cepat menilai,terlalu rakus dengan kehendak,terlalu kilat untuk menghukum.Manusia.
Acah-acah Tuhan tahu semua benda.Malaikat pencatit pahala dosa.
Hakikat dialah yang paling cilaka.

Akal dan jiwa. -R.A & A.R

Bogelkan jiwa dalaman kau dan biarkan ia menari bersama jiwa aku.
Biarkan akal kau dan aku bersetubuh rancak bersulam kata.
Dan biarkan air mani bahasa aku mengalir ke akal kau,
agar kau bisa melahirkan patah-tutur-rasa-dan-kata yang jauh lebih hebat dan sempurna.-R.A

Lucutkan selaput akal kau agar aku bisa lihat sama apa yang kau fikir.
Londehkan segala rasa kau agar aku bisa rasa sama.
Untuk kita lebih menjiwai.

Segalanya telah aku telanjangkan,baik akal mahupun jiwa.
Untuk kau tatap-sentuh,cium dan rasa.
Biar kau dan aku ghairah bersenggama melalui kemaluan aksara kita berdua.-R.A

Ayuh kita mulakan gerak.
Merasa segala jiwa.
Menjiwai segala watak.
Kau dan aku.Berdua.
Bertelanjangkan akal.

Ya,aku mahu tujahan yang laju,rancak dan sedalam yang mungkin.
Selama yang boleh,untuk kemaluan bahasa kita bersenggama.-R.A




                                                                    

Perwatakan.

Kalau kau mahu persoalkan laku dan tingkah aku,
Aku punya banyak watak yang bisa aku pertontontan pada kau.
Tapi mana satu yang kau ingin,
Lakon aku tau aku.

Saturday 13 April 2013

..

Tuhan,ciptakan aku satu dunia lain.Untuk aku.Tempat aku bukan disini.Bukan.Terlalu sesak untuk aku hidu bau busuk mulut manusia.
Tuhan,rekakan aku satu tempat.Mana ada aku dan aku saja.
Tuhan,temukan aku satu jawapan yang sahih kenapa dan mengapa aku yang disini.
Kuat sangatkah aku?
Mampukah aku?
Kalau aku terlalu redha kenapa aku mempersoalkan.
Tuhan,ciptakan aku satu dunia lain atau larikan aku ke tempat lain.
Aku tak layak disini.

Thursday 11 April 2013

MATI.

Aku dah betul-betul mati pun.Jangan la datang meraung tepi aku minta aku bangun.Aku tak boleh walaupun aku nak.Jangan lah cakap yang kau dah menyesal.Aku pernah betul-betul wujud dialam yang mana kau boleh merasa adanya aku,kenapa tak guna saja aku dengan sebaik mungkin tika itu.Mengapa tak betul-betul hargai aku?Kenapa?.Dah!pergi sana!.Aku nak berehat.Aku dah terlampau lelah.Jangan kejutkankan.Jangan.
Shhh.

Bagi aku mati.

Untuk apa kau bangunkan aku.Saat aku dah menjadi jasad tanpa roh.
Untuk apa?
Biarkan aku tenang.
Aku dah malas dengan dunia.Jujur.

Thursday 4 April 2013

Dinding konkrik.

Malam ni aku pendam satu rasa.Satu.Aku nak bermimpi dengan kau.Kita berdua mimpi benda yang sama kau mimpi aku dan aku mimpi kau,cuma kau diatas katil kau dengan bantal peluk kau dan aku diatas katil aku dengan bantal peluk aku.Saling tersenyum.Biar dikata kita gila.Yaa.!aku gilakan kau.Tapi kita tak perlu bercinta,tak perlu jerit satu dunia yang kita ni sedang bercinta.Cukup mereka sedar yang kita ni bahagia. Kita tak bercinta.

Aku bukan tak ingin bercinta.Tapi momen nak kena jaga hati kau,aku belum bersedia.Aku hanya nak bahagia.Derita aku langsung taknak.Sebab tu aku pilih hanya bertemankan bayang-bayang kau.Biar semua kata aku gila.Sekali lagi.Yaa.!aku gilakan kau.

Rakus kalau aku cakap aku nak kau,tapi kalau aku biar aku yang rugi.Tapi kalau aku cakap macam mana kalau kena reject?Ahh,persetankan.Kau pekak kalau aku cakap pun mana kau nak dengar.Kau tuli.Kau buta aku menari tanggo depan kau pun mana kau nak nampak.Ahh sial.!


Shut dowm laptop.Tutup lampu.Baring atas katil.Tarik selimut.Selawat 44 kali.Baca suroh al-ikhlas 11 kali.Aku Islam.Pejam mata.Aku nampak kau.Sekali lagi,siallah kau.!!

Dia pekak.

Bilang sama jalan raya,jangan kau keras sangat nanti sakit kalau aku jatuh,
Bilang sama awan,jangan kau mendung terlalu lama nanti air mata aku tak kering,
Bilang sama hujan,jangan kau mengangis terlalu lama nanti aku rasa seolah kau yang mengejek aku,
Bilang sama siang,percepatkanlah sikit waktumu,
Bilang sama malam,sila perlambatkan sedikit waktumu,
Bilang sama bintang,cahaya jangan dimalapkan,
Bilang sama langit,kekalkanlah ketinggianmu,
Bilang sama dia deseberang sana.
"weh,aku rindu hang".

-n-

Wednesday 3 April 2013

Aku ni pemalas.

Malam ni aku malas,
Aku malas nak bangun makan,
Aku malas nak turun katil,
Aku malas nak basuh baju,
Aku malas nak dengar suara si penipu,
Aku malas nak dengar suara orang bercakap tentang orang,
Aku malas nak bercakap.

Aku malas.!

Kadang aku terpikir jugak kenapa kita tak bercakap saja tentang diri kita sendiri.Kita lagi arif tentang diri kita kenapa perlu kita bercakap tentang orang lain.Atau kita langsung tak kenal sapa kita sebab tu mulut celupar kita lebih pilih nak mengutuk orang.

Tenang malam

Disudut petak biliknya,
Tanpa setitik pun cahaya,
Dia duduk bersila seorang diri,
Memikirkan tentang masa depan yang sama gelap dengan keadaannya sekarang.
Biol.

Tenangnya malam ni.

This is what I want.

Saya nak jadi tukang Tulis.Alaa yang macam depa tu.:)

Monday 1 April 2013

Doakan saya

Doakan saya jadi saya,
Bukan dia yang cerdik pandai cantik jelita,
Cukup takat kemampuan saya,
Doakan saya jadi saya.

Bukan dia.

Saturday 30 March 2013

Aturan masa akan datang.

Aku rasa macam nanti aku nak kena kerja kuat,
Cari kerja yang agak-agak boleh bagi aku senang bila tua nanti,
Yang mungkin salary dia 4k above sebulan,
Yaaa,yaaa!!
Beli rumah
Beli kereta
Hantar mak p Makkah
Aku nak p bercuti
Bayar PTPTN[<--- yang ni paling haram]
Ubah semua yang ada sekarang
Sebab apa yang ada sekarang memang dah celaka sangat dah ni
Lantak lah nak kata aku ni manusia paling babi yang tak tau erti nak bersyukur ka hapa
Peduli hapa aku,bukan hampa pun yang rasa
Lahanat sungguh hampa ni,tau nak mengata ja,mai tanya tak mau
Sebenarnya hampa lagi babi celaka.[maaf bad word]

Tuhan yang aku sembah,
Tunjukkan aku jalan aku,
Bukan yang sekarang ni,
Buktikan pada mereka,aku mampu berjaya,
Dengan jalan aku,dengan bimbingan Kau.

p/s:aku malas nak jadi physiotherapist.!


Tuesday 19 March 2013

Bagi mereka saja berpolitik.

Hari ini aku nampak politik itu,pengaruh dia lebih agama,
Politik tu mampu meranapkan manusia,
Berpecah belah semua manusia.

Dan aku tak pernah suka politik.

Jangan kau ingat

Kalau hari ini kau nampak aku hodoh tak cantik pinggang tak ramping,
Kau jangan ingat hari esok kau akan jumpa aku dengan perubahan.
Kalau hari ini kau nampak aku bodoh bangang lembap meleleh,
Kau jangan ingat esok aku masih lagi sama,
Mungkin aku berubah.
Kalau hari ini kau nampak aku jatuh lemah mengangis kerana cinta celaka,
Mungkin esok aku bangun,jumpalah kau dengan aku yang baru.
Bukan lagi untuk aku harapkan kau si celaka.
Aku mampu untuk bangun sendiri.


Dan mana mungkin untuk aku toleh untuk benda yang lepas.
Sakit dah hilang,
Penyebab sakit masih aku ingat.

Thursday 7 March 2013

Last one.

Aku tak pasti,tapi kalau aku tak rindu mana mungkin aku boleh tulis entry ni untuk dia sekali lagi.
Sekali lagi ini untuk hang.
Janji,ini yang terakhir.
Aku rindu.........

Sunday 3 March 2013

Saturday 2 March 2013

Jemput sedar wahai sampah .!

Kutuk-kutuk Amarika hina keji caci,
Lepas tu buat statement "aku sayang Malaysia",
Tapi lu pakai jugak baju British lu pakai jugak bag Amarika.wtffft

Lu kutuk habis semua yang pakai twincon Amarika ka British ka,
Lu sayang Malaysia mana twitcon bendera Malaysia lu.Cibai ahh lu.

Lu dengar jugak lagu Amerika,gua tak dengar pun lu dengar nasyid malaysia,
Lu baca jugak puisi depa,tengok bola sokong MU jugak.HAHAHA!

Aku bukan apa aku kesian,kesian dengan makhluk jenis ni suka sangat perbodohkan diri sendiri,
Aku pun rakyat Malaysia makan belacan makan ulam,haruslah aku sayang Malaysia.Yaa!Aku sayang!
Tapi tu tak bermaksud kita kena mikiaq apa yang ada dalam Malaysia ja,yang diluar kena jugak mikiaq supaya tak ketinggalan.Kerajaan suruh kita belajar bahasa asing supaya kita tak ketinggalan.
Koyak sikit otak kau tu kawan.Ini 2013 bukan 1993 zaman kau dilahirkan.Koyak.!Koyak.!

Takat bendera Amerika aku tak nampak salah salah tapi hmm yala aku paham apa tanggapan orang tapi aku memang anti bendera British sebab ada SALIB jadah tuh.Jadi gengs berhatilah.Kita ada agama.Hormat.

Jangan berlagak macam hang tu dah dengar lagu negaraku 24/7.

*banyak lagi sebenarnya aku nak tulis tapi aku malas.yaa malas.!

Friday 1 March 2013

Muda menuju tua.

Kadang aku terpikir jugak,tertanya jugak tapi tak la sampai aku nak p tanya orang keliling.Tanya diri aku sendiri.
Apa guna kita bila dah tua nanti?
yaaaa.!!Tu soalan aku.
Yang ada dalam benak aku bila aku dah tua nanti aku mcm sampah kot,mana ada guna dah.

Aku muda lagi ni.
Nak aku tulis satu benda yang orang akan ingat bila tua aku ingatkan balik aku akan senyum.
Satu benda pun cukup la.
Aku tak nak bila tua aku duduk tepi tingkap dan menyesal dengan muda aku.Jangan aku.
Izin kan aku buat satu benda sebelum tua aku datang.


Wednesday 27 February 2013

saja-saja

Tukang tiru ni aku tak sure la apa yg naknya mereka,sapa-sapa pun marah ja kalau benda yang dia buat sendiri guna akal dia sendiri tiba-tiba kena cilok.wtfffff!! Percayalah babi pun kalau boleh bersuara dia marah kenapa la manusia suka sgt tiru perangai dia.

Monday 18 February 2013

Bergerak walaupun merangkak.

Harini kita mungkin tak berguna meminta sana sini,dikutuk dihina dimaki diludah dicaci tapi janganlah kita jadi tak berguna sampai kemampus wahh itu dah dalam kelompok manusia tak berguna yang tegar.Tak kan nak sampai muka basah dengan ludahan keliling.

Tapi aku cakap ja aku pun belum bergerak untuk buat apa-apa lagi masih kat sini.Tapi aku tetap nak jugak bergerak walaupun merangkak asalkan bergerak.Bosan woohh kat sini.




Tuesday 12 February 2013

segelintir

Tak kekal tapi pasti kita akan terserempak dengan manusia:-

  • perasan bagus
  • suka kutuk tapi langsung tak pernah tengok diri dia.Ini kita panggil barua
  • perasan lawak dia tu lah paling lawak tapi sebenarnya he's so annoying
  • perasan dia lah paling lawa sampai yang tepi dia semua dia cakap muka macam babi.
  • sampah tak mengaku sampah
  • cerita pasal dia punya pakwe makwe sampai nanah telinga dengar
  • cerita aktiviti harian dia dah macam diari tu.bagus kau tulis dan simpan dalam kotak ja dik.
  • penipu bajet tak salah bila dah kantoi macam haram jadah ja
  • perasan fames padahal baru sorang dua kenal dia
  • pfffft
Ya dalam dunia yang macam macam ni memang dengan macam macam manusia kita akan jumpa.Ini baru sikit sebenarnya lagi kita berjalan lagi kita akan berjumpa dengan banyak jenis manusia.Jalan banyak jumpa banyak.:)

Rindu Dulu

Aku rindu bayang-bayang yang dulu,
Aku rindu bisik-bisik yang dulu.

Aku rindu...
Semua tentang dulu.
Haa.!semua!!

Thursday 24 January 2013

sekaum aku

Ohh baru aku sedar yang terikat terkongkong tersepit tu tak seronok dan penat dan sesak.Ohh baru aku sedar buat apa aku nak ikatkan diri aku dengan mana-mana lelaki biar lah aku melayang macam ni lantak lah aku lagipun aku tak pernah dengar lagi yang mati sebab takdak pakwe makwe lain lah kalau kau tu gersang sangat.Ohh baru aku sedar buat apa aku nak membangangkan diri untuk yang langsung tak reti nak menghargai aku.Nak cari yang sempurna tapi sedarlah kau sendiri pun kadang tumbang jugak bajet ja lebih.
Ohh baru aku sedar yang aku memang lebih selesa hidup macam ni ja tak payah ada pakwe,senang.Melayang ja mana aku nak,mudah.Perempuan zaman laa yaa spesis aku lah tuu jenis takut sangat orang cakap tak laku lepas tu pulun la nak pakwe relax ah weh buat apa kalau ada pun perangai macam haram jadah.Tapi nak buat macam mana dah memang lumrah perempuan cengitu haa.lantak lah.Sambil makan roti canai pun perempuan boleh jatuh hati.

Kisah Cukup 20tahun

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia geng.24/1 is my birthday yaaa i'm 20 now.Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas dibumi Allah ni.Terima kasih for those yang wish yg call pagipagi wish and KakLong yang belikan kek letak lilin siap yang siap nyanyinyanyi kat aku tu.fuhhh rasa mcm nak ja birthday aku.kah kah kah okay itu melampau namanya.Lin,Ika thanks for your plan yg nak menyemprisekan (eh ada pulak ayat ni) aku.Yang mana bila hampa berdiri depan rumah aku,aku sampai terkelu tak tau nak cakap apa sambil pakai seluar bola.Nangis waa beb.MasyaAllah untungnyaa aku.Sayang hampa weh...

Diz what i got tepat pukul 12 tengah malam *lampu digelapkan then ada nyanyi2 lagu justin bieber baby..baby...baby oooooo #tipu jaa tu nyanyi lagu happy birthday lah
(i love you yaw kak long faveret and all lah)
and this huwaaaaaa.jerit aku masa nampak ini makhluk depan pagar tu then nmapk mereka jalan terkedek sambil nyanyi lagu negaraku(tipu)bawak kek comel satu siap lilin.Weh thanks babess sudi menjenguk aku ni kalau mai buat suprise depan rumah yg kat anak bukit tu aku boleh terima lagi nii kat Penang.wehhhh sebak wehhh sebak.Yang lain nak tinggal aku nak maki aku nak kutuk aku yaaa dengan hormatnya dipersilakan jgn yang dua jebon ni yang buat dah.love you *alaaa sweetnyaa aku dan mereka mohon jeles sebab hampa memang tak akan dapat sahabat yang mcm ni.Gua ja ada babes.Alhamdulillah.

BTW I'M 20 NOW.!

Monday 21 January 2013

bisik-bisik

Rela aku terpekup dalam bilik melayan sumbang lagu dari keluar mendengar suara haram jadah luar sana tu.Kat luar sana harap ja ramai manusia berkoyan-koyan tapi bukan semua berguna.Cakap pong pang pong pang mengalahkan CSI tapi cuba tanya balik apa yang dia cakap tu sumpah sepatah haram pun sebenarnya dia buta.Kita ni selagi kita hidup atas nama Islam In Shaa Allah kita tak sesorang.Chill lah duk penatkan diri p masalah buat apa.

Wednesday 16 January 2013

tiada tajuk

"Rentak tari kehidupan kita sentiasa berbeza mengikut rentak angin"

Tuesday 15 January 2013

shhhhh

"Everybody falls,everybody hurts"
macam sakit

nyanyikan untuk aku

"aku tak faham bila hanya membuta baca,tolong jelaskan dengan suara mungkin aku lagi faham melalui nada."
kalau berkoyan macam ni aku boleh sawan yoo.


bawaklah lari buku tu dalam tu ada ilmu.bawaklah sebarkan dan kongsikan



useless

"aku ingat kan orang tua ja dah tak ada guna,rupanya yang muda pon dah tak berguna ehh awalnya kau jadi tak berguna."

Ohh bangsa

Bangun la wahai Melayu kita majukan Melayu,
Jangan bagi Cina monopoli semua,
Jangan bagi India suarakan semua.
Melayu dah jadi "bagai lembu dicucuk hidung".
Ini Tanah Melayu.Kita punya.

*hiasan mata*

1:47am


"kau irama terindah sampai aku longlai dibuatnya"




                                  

Monday 14 January 2013

KETIDAKPUASAN

Zaman sekarang kalau nak hidup kena kejam,
sampai tahap bunuh orang pun takpa,
yang penting jangan bagi manusia lenyek2 kepala kita,
jangan bagi orang jual nama kita sana-sini,

Politik sana sini,
bersepah,
tak lalu dah dengar,
cakap semua nak betul,semua orang salah,semua orang barua,
hampa la betoi,
medannya TV3.

Gaza tu perang tak berhenti,
bila nak berhenti?
takpa Allah memang dah janjikan yang Yahudi tu memang tak akan menang,
dari zaman nabi perang tak menang-menang,bom punya la hebat,
nak jahanamkan Islam konon,
terbukti Islam banyak dan tak pernah pupus.
Kita sini cakap kesian mereka kat sana bersyukur,
mati syahid,masuk syurga.

Duit berkoyan-koyan tak tau nak buat apa,
sedekah,
tapi siap banner sebesar alam,
masuk Tv3 cakap "sumbangan ikhlas",
jadahnyaa wehhh.!
simpan la duit setempayan kau tu,
simiskin tak pernah mengharap,
Ikhlas la sikit.

Jadi anak orang kaya senang tak payah pikir banyak,
bangun tidur mintak ja,sebelum tidur pikir apa yang perlu dimintak,
gila senang,
rasa nak kawin tak dak kerja pon tak pa pak boleh sponserkan,
alahhh musti ada kerja punya syarikat pak besar2 tu apa guna,

PM buat slogan "1Malaysia"
hmmm..
jadah apa tu?
tengok banyak yg lagi celaru ada laa.
perhimpunan sana perhimpunan sini.
Bersih sana bersih sini.
Sampah jaa aku nampak.

Banner "tak nak merokok" punya besar,
siap iklan masuk TV lagi,radio lagi,
tapi kerajaan masih izinkan rokok masuk malaysia,
errr,
tak rasa macam bodoh ka?

sebenarnya semua kita nampak benda bodoh ni....


suka hati

Disuruh berubah,katanya masih muda.
"tunggu la nanti-nanti",
Disuruh berubah,katanya muda hanya sekali.
Disuruh berubah,katanya hidup msti kena enjoy.
Disuruh berubah,katanya belum sampai hidayah.
Disuruh berubah,katanya..
"kau suruh orang berubah nasihat macam kau tak pernah buat dosa.!"

berhenti..

kita pun jadi meluat nak bercakap rasa macam cakap dengan binatang.
boleh,bukan tak boleh nak tegur tapi susahlah tegur manusia.
malas nak layan sijahanam.biar mereka terus jadi barua.
Tapi tak takut ka kalau mati sebelum dapat hidayah.
ohh biar..

Run Away

Aku tunggu peluang,
Ada peluang aku nak lari jauh,
Jauh sangat...

Jauh dari semua orang,
Tapi bukan seorang,
Bukan jugak dengan semua orang.

Tapi sekarang aku tunggu macam orang bodoh.

Ya,Allah.


Friday 4 January 2013

Bengong

Jam menunjukkan 11:23 minit malam,hampir ke tengah malam,
Terbongkang atas katil,
Cari idea apa yang nak dihujahkan,
Nak tambah entri,
Tekan-tekan keyboard,
Tengok-tengok bantal kat depan mata,
Nak tidur tak mengantuk lagi,

Tekan-tekan keyboard lagi,
Ketuk-ketuk otak,
Buta.Tak ada idea.

Dah layan mimpi lagi berpekdah..

Wednesday 2 January 2013

manusia oh manusia

Aku manusia,kau manusia,
Aku tak salah,kau salah,semua orang salah.
Aku tetap betul.